24 March 2020

TIMBUL DAKWAAN RUMAH TANGGA GOYAH - FITRI HARIS NAFI, CABAR PEMFITNAH MUNCUL


"Sebenarnya dah banyak kali saya terima blackmail macam ni. Sejak awal perkahwinan lagi, ada terima DM di Instagram. Saya tak nak menunding jari pada siapa-siapa tapi kalau berani, tonjolkan muka. Beritahu siapa anda dan dari situ baru saya boleh ulas dakwaannya.





"Tapi cara dia itu, memang nampak sangat berniat untuk runtuhkan rumah tangga orang," demikian kata penyanyi nasyid, Fitri Haris yang menafikan dakwaan rumah tangganya dan isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar didakwa goyah dan tunggu masa untuk berakhir.

Fitri, 36, menegaskan dia dan isterinya masih menjalani kehidupan suami isteri yang bahagia bersama anak-anak mereka. Menurut Fitri, dia mencabar individu yang berniat ingin meruntuhkan rumah tangganya itu tampil mendedahkan identiti sebenar tanpa perlu berselindung:

Klik untuk gambar besar


"Merepek la! Saya dan isteri bahagia sahaja disamping anak-anak kami. Kami masak dan solat sama-sama, cuma tidak tunjuk kepada umum sahaja. Saya bukanlah popular untuk orang ambil tahu kisah peribadi tapi saya pelik dengan orang macam ni.

Pada malam Sabtu lalu, mStar menerima kiriman emel yang mendakwa pasangan itu kini berdepan dengan masalah rumah tangga dan bakal berpisah tidak lama lagi. Malah, Fitri juga didakwa pernah memberi harapan untuk berkahwin dengan individu tersebut namun akhirnya memilih pengurus sendiri sebagai isteri.

Individu tersebut memberitahu dia yakin rumah tangga pasangan itu goyah apabila Fitri tiada lagi berkongsi mengenai isterinya di laman sosial sejak Januari lalu. Dalam pada itu, Fazilah menjelaskan mereka memang pernah mengalami masalah namun beranggapan ia sesuatu perkara yang biasa dalam kehidupan berumahtangga.



Fazilah atau lebih mesra dengan panggilan El, 33, juga memberitahu Fitri tidak terlalu berkongsi mengenai dirinya disebabkan atas permintaannya sendiri: "Tak ada masalah pun dengan Fitri dan Alhamdulillah, kami bahagia. Saya menjadi pengurusnya sudah lama, jadi apa-apa saja saya akan lebihkan kerjaya dia. Sebenarnya saya yang tak nak dia kongsi sangat mengenai saya di laman sosial.

"Lagipun, saya tak ada Instagram atau Facebook dan Twitter. Soal keluarga dan rumah tangga itu biarlah privasi.  Tiada orang yang sempurna dan setiap rumah tangga mesti ada masalah. Tapi masalah yang boleh diselesaikan dan ia sebenarnya sesuatu perkara biasa dalam hubungan suami isteri," ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, bekas anggota UNIC ini mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pengurusnya iaitu Fazilah Omar. Fitri pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Solehah, 16, menetap bersama bekas isterinya di Singapura. Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan seorang anak lelkai, Qhalish Rayyan Adam, 10.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: