24 March 2020

#DUDURUMAHCHALLENGE - LISA AKUI BACAAN TAK SEMPURNA, TERUS ISTIQAMAH MENGAJI


"#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. "Daripada tk buat langsung, Lisa?" Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.





"Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam," kata pelakon Lisa Surihani yang melakukan cabaran #dudukrumahchallenge mengisi masa terluang dengan membaca kitab suci Al-Quran, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan oleh kerjaan di seluruh negara.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Lisa berkata meskipun bacaanya masih belum sempurna namun dia mendapat galakan dan kata-kara semangat daripada rakan-rakannya untuk terus istiqamah daripada tidak mengaji langsung.

Klik untuk gambar besar


Lisa turut berdoa semoga Allah merahmati semua umat Islam dengan Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Lisa turut memohon semua umat Islam diberikan kesempatan untuk dapat membaca Al-Quran.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Lisa kekal istiqamah untuk membaca al-Quran. Malah, netizen turut memuji perkongsian Lisa itu kerana boleh memberi manfaat serta inspirasi kepada umat Islam lain untuk membaca Al-Quran.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: