Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Zur Eda atas pemergian bapanya, Mokhtar Mohd Noh, 78, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 6.30 pagi tadi.

Zur Eda mengesahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Difahamkan bapanya meninggal dunia kerana sakit tua.
"Al Fatihah buat Abah. Ya Allah KAU Allah ampunkan lah segala dosa2 Abah, KAU tempatkan lah ia dikalangan ahli Syurga. KAU angkat lah roh nya ke Syurga MU tanpa hisap.. Aamiin..
"Moga Abah tenang disana. Abah dah tak sakit lagi. #edasayangabah #abahdahtiada," tulisnya yang mendapat perhatian pengikutnya dimana rata-rata menyampaikan icapan takziah buat Zur Eda sekeluarga.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zur Eda
________________________

No comments:
Post a Comment