18 April 2020

ABBY & SUAMI AMBIL MAIRA DARDA FARISA SEBAGAI ANAK ANGKAT KETIGA


"Kehadiran Darda luar dari perancangan, tiada persediaan langsung. Abah (Faizal) mula-mula macam berat saja, nak pikul amanah dan tanggungjawab baru. Ingat terakhir dah Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, tapi bila Allah dah tulis rezeki kami, tetap jadi rezeki kami... Alhamdullillah.





"Ada sesiapa nak bagi hadiah tak? Darda tak ada baju cantik-cantik ni. Semua mama dah bagi orang hari itu... ke boleh shopping online?," demikianlah kata penyanyi dan pelakon Abby Abadi apabila dia dan suaminya, Muhammad Faizal atau Jai Ezzany mengambil keputusan mengambil seorang bayi perempuan berusia sembilan, Maira Darda Farisa sebagai anak angkat ketiga mereka, meskipun sudah memiliki sepasang anak angkat.

Menurut Abby, pada awalnya dia dan suami tiada hasrat menambah anak angkat, namun secara kebetulan mereka memutuskan untuk memelihara Darda. Pada Isnin lalu, pelakon drama 'Gerak Khas' ini memberi bayangan sedang memelihara seorang anak angkat yang baru dilahirkan.

Klik untuk gambar besar


"Assalamualaikum. Morning... Mama berpantang hari pertama, patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi... kan abah. Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi... tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong juga kumpul seorang RM10? hehe," tulisnya.

Pada Julai 2018, Abby mengambil seorang anak angkat lelaki, tidak sampai sebulan kemudian dia mendedahkan menerima seorang lagi bayi perempuan. Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan anak pra matang, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu namun meninggal dunia selepas berusia 70 hari.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.


















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: