18 April 2020

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA SHEILA RUSLY KEMBALI KE RAHMATULLAH


Menerusi laman Instagram, pelakon, pengacara dan penerbit Sheila Rusly, 48, telah memaklumkan bapa mentuanya telah meninggal dunia pada Sabtu: "1934-2020. Innalillahiwainnaillahirojiun. Selamat tinggal Ayah, terima kasih kerana mendidik suami ila jadi macam Ayah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah," tulis Sheila.





Sementara itu, suami Sheila, Jinggo turut berkongsi luahan sedihnya di Instagram: "Selamat jalan Ayah... Saya akan ambil tempat Ayah... Insya-Allah," tulis Jinggo.

Khabar duka itu turut dirasai rakan selebriti yang mengutuskan doa dan ucapan takziah kepada pasangan itu. Malah, orang ramai turut menzahirkan ucapan takziah dan berkongsi pengaruh arwah yang disapa mesra penduduk setempat sebagai Pak Ya.

"Allahu.. banyak jasa arwah dulu, nak kahwin dulu cari dialah isi borang bujang," tulis @qina_an. - "Salam takziah Kak Sheila dan famili... Saya orang Menglembu, kenallah dengan arwah Pak Ya," tambah @mieschaqalisha.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: astro Gempak, Instagram Sheila Rusly & Jinggo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: