18 April 2020

BEKAS ISTERI CEF FIKREE: "SORRY YE TAK PERNAH JADI INSAN SUNDAL"


Bekas isteri kepada Cef Fikree, Syarifah Zuriehan Ben Yahya menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya telah mendedahkan pernah didekati beberapa jejaka termasuk suami orang. Bagaimanapun, dia menolak dengan cara mentarbiah mereka selepas memeriksa profil terlebih dahulu.





"Saya dah masak sangat dengan orang yang konon ingat dia bijak sanga tapi metod dan strategi low class. Dan kalau dah berkahwin tu tolong jangan nak DM me. Ada seorang dua dah kena tarbiah dengan saya. Tengok profil anak sampai dua tiga orang, nasib saya jenis check profil dulu.

"Dan saya tak nak mulakan hubungan baru dari Instagram. Kalau betul lelaki matang, dia akan datang jumpa saya dan Jayden dengan elok-elok. Sorry ye tak pernah jadi insan sundal dan minta Allah kekalkan sampai kiamat. Semoga Allah lindung kita semua," tulisnya di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Malah, tujuannya punyai akaun media sosial itu untuk mencari kenalan sesama wanita yang berkongsi kisah kehidupan masing-masing: "Saya terus mengemaskini akaun Instagram saya sebab saya suka berkawan dengan geng mak-mak yang ada di sini. Kemudian, saya rasa yakin dengan diri saya sekarang, bukannya nak menggatal.

"Jadi, berhentilah buat akaun palsu untuk mesej saya konon nak pancing saya. Saya dah banyak pengalaman dengan perempuan dan lelaki sundal. Ya nampak saya innocent dan bodoh masa kahwin dulu and sekarang pun, sebab tu memang cara saya untuk kekal begini. Saya tak suka buat pandai, tak suka nak perasan," tambahnya.

Cef Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jayden Malik yang kini berusia 3 tahun. Kemelut rumahtangga pasangan itu mula tercetus apabila Fikree didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya. Mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah pada Mei 2019.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syarifah Zuriehan Ben Yahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: