19 April 2020
MENGELETAR DAPAT KEPUTUSAN - PUTERI AISHAH BERSYUKUR SEMBUH COVID-19
Jika pada awalnya dia mengeletar kerana rasa seram apabila disahkan positif Covid-19, terkini setelah hampir dua minggu menjalani rawatan dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, pelakon Puteri Aishah menggeletar semula satu badan apabila dia disahkan bebas wabak COVID-19.
"Allahuakbar. Apabila jururawat bernama Kak Zue cakap keputusan negatif terus menggeletar satu badan. Rasa syukur dan gembira sangat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Ya Allah bersyukurnya.
"Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dalam tengahhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid!!
"Saya berjaya lawan covid! Alhamdulillah Syukur! Terima kasih semua sebab doakan Puteri dan terima kasih yang teramat sangat kepada semua nurse dan doctor yang jaga puteri, rawat puteri selama di sini.. I appreciate it lot! THANK YOU!" kongsinya di IG.
Klik untuk gambar besar
Untuk info, terdahulu Puteri disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari penggambaran drama bersiri Demi di Scotland. Selain dirinya, pelakon Ashraf Muslim dan pengarah Rahila Ali, turut disahkan positif virus tersebut apabila menjalani penggambaran di tempat yang sama.
Dalam pada itu, Puteri turut meluahkan rasa rindu pada rakan satu wadnya di Hospital tersebut yang selama ini menjadi pendorong dan penguat semangatnya.
"I miss them already. Thank you jadi kawan Puteri masa dlm ward kak Pakia, kak Grace & kak Shima, Especially kak Pakia sebab selalu ada time Puteri down and sedih. Dia selalu pesan jangan lupa dia. I wont forget you!
"Puteri akan ingat kita selalu share makanan, family stories, suka duka & puteri ajar kak Pakia makeup, i will never forget that! Thank you to nurses and doctors jugak sebsb baik dengan Puteri and kawan2 dalam ward.
"Dr Hannah selalu happy je bila dengsr suara dia rasa macam sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu comfort Puteri time Puteri sakit. Dr Omar selalu bagi info and siap tanya kan kat nurse i boleh pakai hairdryer ke tak. Thank you guys, I’ll treasure this experience forever," tambahnya.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment