19 April 2020

BEBAS COVID-19 - "ALLAH BERI PELUANG KEDUA UNTUK SAYA" PU RIZ


"Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.

"Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.





"Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa," ujar pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz yang menangis apabila disahkan negatif dan bebas wabak Covid-19 semalam selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat kelmarin diterima petang semalam.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, terdahulu Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, disahkan positif wabak itu pada 6 April lalu.

"Kepada doktor dan jururawat, Allah saja membalas jasa mereka. Mereka banyak bantu saya untuk keperluan. Kalau ikutkan tugas mereka lagi berisiko tinggi.

"Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah. Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: