19 April 2020

MENANGIS DAPAT KUMPUL RM13,000 - ERNIE ZAKRI BERSYUKUR DAPAT BANTU


"Seperti dikongsikan sebelum ini, idea ini datang daripada Syamel. Disebabkan perkara ini sangat baik dan dapat membantu banyak pihak, saya bersetuju untuk buat.

"Alhamdulillah, dengan bantuan rakan media dan rakan artis yang memuat naik di Instagram membuatkan usaha ini mendapat perhatian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua penderma.





"Siapa pun anda, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan budi baik anda. Semoga dengan sumbangan yang ada ini dapat membantu golongan sasaran kami," ujar penyanyi, Ernie Zakri, yang menangis apabila dapat mengutip dana RM13,000 dalam tempoh empat hari menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), Serantau Muslim.

Berita itu telah dikongsi penyanyi, Syamel, yang turut bersama-sama Ernie dalam usaha mereka membantu golongan memerlukan dan barisan hadapan menerusi sesi secara langsung An Hour With Bang Mel & Kak Ninie di Instagram.

Klik untuk gambar besar


"Bagi yang ingin terus menyumbang, boleh terus ke laman web BeriSedekah.com. Saya percaya, ada ramai lagi yang memerlukan ditambah pula kita sudah menghampiri bulan Ramadan.

"Mungkin ini kesempatan terbaik kita untuk meringankan beban mereka. Terima kasih juga pihak Serantau Muslim yang memberikan sokongan untuk kami menjayakan misi ini," tambahnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: