10 April 2020

BADAN FIT DIPERTIKAI - RAF YAAKOB AKUI MEMANG 'EDIT' TAPI SECARA NATURAL


Pelakon Raf Yaakob baru-baru ini telah memuatnaik sekeping foto yang memaparkan bentuk badannya namun sesetengah pihak mengatakan bahawa foto tersebut sebagai gambar tidak tulen. Bagaimanapun, suami kepada pelakon Mawar Rashid itu menafikan dakwaan tersebut dan mengakui gambar tersebut memang menjalani proses 'suntingan' namun, dilakukan secara semula jadi.





"Ada yang cakap gamba Raf angkat piala tu fake dan edit. Meh sini Raf nak cakap. Fake tu tidak. Edit tu betul. Yes memang edit. Edit secara NATURAL lah tapi ⚠️ Macam mana nak edit body supaya jadi camtu? Jaga pemakanan 70%. Workout 30%. Memandangkan sekarang ni ramai yang complain dah naik berat badan semasa MCO/PKP ni, termasuklah Raf sendiri, jadi Raf wujudkan second IG Raf @raf.well πŸ’ͺ🏾

"Raf nak cabar diri Raf untuk dapatkan fit body macam dulu balik. I will share my journey kat page @raf.well tu. Raf akan share cara pemakanan dan workout yang kita semua boleh ikut dan buat di rumah time MCO/PKP ni πŸ™ŒπŸ½ Korang nak join sekali tak??? Follow @raf.well. WE START TODAY OK??? 🀜🏾πŸ”₯πŸ€›πŸ½ #RafToKeepYouWell," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Raf memuat naik gambar dirinya yang tidak berbaju ketika menjulang piala yang dimenanginya dalam sebuah perlawanan bola sepak di Instagram. Gambar yang memaparkan bentuk badannya yang 'fit' itu kemudian mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Begitupun, kata Raf, gambar tersebut dirakam lima tahun lepas ketika berat badannya jauh lebih rendah berbanding sekarang: Jawapan sebenar, that was 5 years ago. Raf umur 30 and berat time tu 69kg. Now berat 75kg 😭 Planning nak 70kg. Watch me 😏," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: