10 April 2020

NAFI INGKAR PKP, AKUI FOTO LAMA - ALIFF SYUKRI KATA TAK SALAH CHECK BPN


"Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesalahan saya? Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram (IG). Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto. Takkanlah setiap gambar yang ingin dikongsi perlu ada penjelasan bila dirakam.





"Netizen hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka. Agaknya mereka suka melihat saya sedih, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang menafikan dakwaan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuatnaik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial.

Penyanyi lagu 'Bobo Di Mana' itu mendakwa, entri yang dimuatnaik kelmarin adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula. Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat komen negatif netizen. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.

Kekeliruan juga timbul apabila Aliff meletakkan perkataan 'hari ini' pada keterangan gambar. Ada juga yang mendakwa tindakan itu seakan sengaja 'memancing' emosi netizen. Aliff turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan dia tidak sensitif apabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya. Dakwanya, video itu dirakam tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Aliff menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa sedih dengan sikap netizen apabila setiap apa yang dia buat selalu dipertikaikan: "Sy Benci hearted.. Apa masalah korang?? 😢 Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan natizen.. sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun.

"Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik... Kadang kala gambar yang saya posting itu adalah gambar gambar yang lama. Tetapi saya sering dikecam dan dihina kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam babi, awak tidak berhak dapat duit, awak sombong. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah.

"Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya," tulis Ailff.



Sementara itu, Aliff sebelum ini dikecam teruk apabila memuatnaik keputusan semakan Bantuan Prithatin Nasional (BPN). Lebih mengundang kemarahan netizen apabila usahawan itu meluahkan rasa sedih kerana permohonannya itu gagal.

Rata-rata netizen menyelar sikap Aliff sudah kaya raya tapi masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan. Netizen berkata sudah tentu bantuan itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bagaimanapun, Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu hanya sekadar mahu mencuba nasib sama ada dia layak atau tidak menerima bantuan daripada kerajaan itu.

Malah, usahawan itu berkata dia menyangkakan dia akan dapat bantuan tersebut tetapi tertulis tidak layak: "Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian. Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur. Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini," katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan juga turut terkesan. Aliff berkata jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus dan semua perniagannnya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aliff berkata dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: