10 April 2020
PUTERI AISHAH: "SEDIKIT JANGKITAN VIRUS KAT PARU-PARU... ADA HIKMAHNYA, JANGAN AMBIL MUDAH"
Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19 pada Selasa itu telah berkongsi dia mengalami sedikit jangkitan virus tersebut di paru-paru namun masih dalam keadaan baik. Puteri Aishah atau nama penuhnya Puteri Aishah Sulaiman, 24, turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh atas layanan yang sangat baik.
Pelakon drama 'Untuk Dia' ini juga menganggap ada hikmah dengan apa yang berlaku dan menasihati orang ramai supaya mengikut semua perintah daripada kerajaan: "Assalammulaikum semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan kesihatan Puteri. Alhamdulillah, sekarang puteri masih okay cuma ada sedikit jangkitan virus kat paru-paru.
"Semua doktor dan jururawat kat sini sangat baik dan membantu. Terima kasih kepada anda semua. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Puteri harap anda semua ikut perintah kerajaan untuk #stayathome and practice good hygiene.
Klik untuk gambar besar
"Tolong jangan ambil mudah perkara ini. Doakan Puteri dan pesakit yang lain cepat sembuh. Mari kita lawan bersama. Terima kasih. Love, Puteri Aishah," kata Puteri Aishah yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan memuatnaik perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Jumaat.
Sebelum ini, pengurusnya iaitu Iman Tang berkata Puteri Aishah melakukan ujian saringan selepas pulang dari menjalani penggambaran drama 'Demi' di Scotland pada 31 Mac lalu. Menurutnya lagi, Puteri Aishah menerima panggilan pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang Selasa.
Selain Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak iaitu Puteri Rayyana Raqya dan ibunya, Syira serta lima kru produksi termasuk pengarah, penolong pengarah, jurusolek dan jurukamera mengalami nasib yang sama. Difahamkan, jurukamera drama tersebut iaitu keadaan Ambia Ahmad beransur pulih namun masih ditempatkan di Unit Kecemasan Rapi (ICU).
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Instagram Puteri Aishah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment