03 April 2020

BESARNYA RUMAH AZHAR SULAIMAN - MACAM NI, SETAHUN PKP PUN OKEY


Siapa tidak kenal dengan pelakon Azhar Sulaiman yang pernah popular satu ketika dahulu sebagai hero Malaya. Selain berlakon, dia juga merupakan seorang arkitek yang berjaya hingga mampu hidup mewah tanpa bergantung harap dalam bidang seni semata.





Menjengah kediaman Azhar melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh anak gadisnya iaitu Kasih Iris Leona, jelas betapa besarnya rumah mereka yang siap kolam renang.

Oleh itu, ramai yang berpendapat secara berseloroh, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya mereka sekeluarga tiada masalah menghadapinya.

Malah menerusi Instagram Leona, dia turut memuat naik video yang menunjukkan rutin hariannya ketika PKP iaitu memasang khemah bersama adik-adiknya, bermain badminton, golf dan berenang.

Jadi kesimpulannya... kalau dah begitu, setahun di Kuarantin pun no hal kan? Heh.

Klik untuk gambar besar


















         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: