03 April 2020

MENGAKU JEMAAH TABLIGH : "SAYA TAK KENA COVID-19" - ALI XPDC


"Saya memang salah seorang jemaah Tabligh tetapi saya tidak ke perhimpunan itu pada tarikh berkenaan dan saya juga tidak ada kontak rapat dengan jemaah yang positif Covid-19.

"Orang sangka saya antara yang dijangkiti menerusi cara kontak rapat dengan pesakit. Sedangkan saya sebenarnya mengalami sedikit kemalangan disambar api di tangan dan muka serta memerlukan rawatan di hospital. Saya mendapatkan rawatan di hospital itu dan ditahan di wad selama sehari. Disebabkan inilah cerita terbabit timbul," ujar penyanyi XPDC, Ali, menafikan dia dijangkiti Covid-19 serta menghadiri Ijtima Tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.





"Tak dinafikan, sekarang apabila ada orang tabligh masuk hospital, orang tentu sangka itulah penyakitnya. Nak dijadikan cerita, kemalangan menimpa saya ini sama tarikh dengan kekecohan akibat wabak Covid-19 di mana jemaah tabligh diminta menjalani ujian saringan.

"Alhamdulillah, saya tidak dijangkiti Covid-19. Kemalangan yang menimpa saya bukanlah serius sangat dan insya-Allah boleh pulih," katanya.

"Saya bersangka baik dengan ujian Allah kerana percaya semuanya dah diaturkan. Saya reda dengan apa yang berlaku dan ketentuan Allah. Yang penting saya hanya kena bersabar dan solat kerana itu sebahagian daripada iman," tambahya dipetik sebagai berkata pada media.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: