03 April 2020

NAFI HINA NETIZEN, AMYZA AZNAN KATA TUJU PADA 'TROOPERS' ZARINA ANJOULIE?


Isu Zarina Anjoulie yang mendedahkan nama beberapa orang artis yang didakwa memperlekehkan netizen dengan panggilan kesat di kumpulan Telegram yang diwujudkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sehingga kini masih lagi hangat diperkatakan. Perkara itu membangkitkan kemarahan netizen dan disebabkan itu ramai yang mahu memboikot artis-artis berkenaan.





Bukan itu sahaja, timbul juga kontroversi pelakon Amyza Aznan yang telah 'mencelakakan' netizen ketika siaran IG Live pihak Seniman baru-baru ini yang membincangkan isu artis meminta bantuan khusus kerajaan.

Enggan salah faham berlarutan, Amyza tampil memberi penjelasan. Menurutnya, ada seorang selebriti telah mengrekrut netizen untuk 'menyerang' para artis ketika siaran langsung tersebut. Kalau dilihat, tiada komen positif tetapi hanya kecaman daripada netizen sahaja.

Klik untuk gambar besar


Amyza memberitahu dia tidak pernah berniat untuk menghina netizen tetapi berang dengan 'perancangan jahat' disebalik kecaman yang dilemparkan kepada artis ketika itu. Malah, selebriti itu juga telah memutarbelitkan kenyataan dan memfitnah mereka: "I tunggu sampai habis live. I cakap memang celaka netizen ni, itu adalah 'troopers' dia," katanya.

Walaupun tidak menyebut siapakah gerangan selebriti yang dimaksudkan, rata-rata netizen mempercayai kata-kata Amyza itu ditujukan buat Zarina Anjoulie.

Terdahulu, beberapa orang artis didakwa menghina netizen dengan panggilan yang agak kasar iaitu memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung. Rata-rata netizen berang dilabelkan sedemikian rupa dan mengatakan artis sepatutnya sedar diri kerana tanpa netizen mereka tidak mampu menempa nama dalam industri hiburan.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: