03 April 2020

"SURAT TU BUKAN DARI SAYA PUN... NETIZEN SALAH FAHAM NI" - ALIFF SYUKRI AKUI MASIH BAHAGIA


"Jujurnya saya terkejut apabila secara tiba-tiba banyak teks yang masuk, bertanya itu dan ini mengenai hal rumah tangga saya. Ada yang menuduh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri seterusnya menghentam saya.





"Surat tu (tuntutan cerai) bukan dari saya pun," demikian kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengakui dirinya terkejut apabila netizen membuat spekulasi kurang tepat mengenai hal rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Katanya, ada netizen yang meninggalkan komen melampau hingga membuat tuduhan tanpa mengetahui hal sebenar yang berlaku. Mengulas mengenai perkara terbabit, Aliff berharap agar netizen memahami situasi dan tidak lagi membuat andaian sendiri: Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan.

"Saya sendiri pun terkejut bila ia tiba-tiba jadi viral. Saya harap, tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya," ujar usahawan yang kini muncul dengan single 'Cuba Bahagia' ini.

Klik untuk gambar besar


Ditanya mengenai sejauhmana keharmonian rumah tangganya kini, Aliff menjelaskan dirinya masih lagi bahagia: "Kalau tanya saya, ya... bagi saya masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian sebab selama ini bagi saya okay sahaja. Tapi tak mengapalah. Saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting ialah anak-anak yang sedang membesar," akhirinya

Baru-baru ini kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet. Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuatnaik di Instagram.

Untuk rekod, pasangan usahawan ini berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta turut mengambil seorang anak angkat.












www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: