01 April 2020

COVID-19 - MAN RAJA LAWAK HULURKAN BANTUAN RM50,000 HADIAH KEMENANGAN MLM 2019


Menerusi muatnaik di laman Instagram, pelawak Man Raja Lawak telah menyatakan niatnya untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim memberitahu dia terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil kemenangannya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019).





"Situasi sekarang amat terkesan keapda semua wagra Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan. Saya ingin meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan. Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yan dilayan dan sila DM (mesej peribadi) detail kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet sebanyak RM50,000 habis digunakan," katanya.

Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Bagaimana pun Man menutup ruangan komen untuk entri tersebut. Man juara MLM 2019 bersama ahli kumpulan Puteh yang turut dianggotai oleh Ali Puteh dan Mamak Puteh. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instgram Man Raja Lawak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: