06 April 2020

FARA MENDOZA DIDESAK PADAM GAMBAR DUDUK ATAS HARIMAU & GAJAH


Pelakon Fara Mendoza telah memuatnaik foto duduk di atas badan seekor harimau dan gajah di laman Instagram miliknya. Namun foto-foto tersebut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan terbabit adalah penganiayaan haiwan.





Selain harimau dan gajah, Fara turut memuatnaik foto bersama beberapa haiwan lain antaranya zirafah ketika percutiannya ke Thailand akhir tahun lalu. Justeru, netizen memohon agar pelakon itu memadamkan foto-foto berkenaan sebagai tanda hormat dan tidak menyebarkan pengaruh tidak baik kepada masyarakat.

"Saya tidak boleh melakukannya sendirian, tolonglah laporkan akaun ini. Dia menyokong penderaan haiwan.. Dia seorang influencer dan tidak sepatutny menggalakkan orang ramai melakukan perkara sebegini," tulis pengendali Twitter @ffrsshhh pada Jumaat.

Namun, perkara itu tidak diendahkan pelakon drama Ramadan Yang Hilang itu biarpun ada dalam kalangan pengguna Instagram memintanya memadamkan foto-foto terbabit dengan cara baik. Taman safari di Bangkok, Thailand itu antara yang menjadi tumpuan pelancong di Asia Tenggara kerana pengunjung berpeluang berinteraksi dengan haiwan dengan lebih dekat termasuklah memberi makan dan sesi tour menaiki gajah.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: