Menerusi di laman Instagram, pelakon dan usahawan Zain Saidin telah memuatkan tiga entri yang sama. Entri tersebut memaparkan permohonan supaya polis dan tentera diberi kebenaran untuk merotan mereka yang ingkar dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tolong share guys. Kami rakyat Malaysia mahu kerajaan benarkan Tentera dan Polis menggunakan kekerasan bagi mengawal negara. Kami dah tak sanggup PKP ditambah lagi disebabkan mereka-mereka yagn degil kerana kerajaan terlalu berlembut.
"Dah lebih 14 hari tak kerja. Kami juga ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Kasihanlah kamo yang patuh pada PKP ni. Jangan kasihan kepada mereka yang degil," terpapar seakan poster pada tiga entri di Instagram Zain.
Klik untuk gambar besar

Tambah Zain, dia sanggup menerima undang-undang tersebut sebagai salah satu langkah pencegahan yang patut diambil oleh pihak kerajaan: "Please, please, please. Kalau korang tak sanggup, aku sanggup," tulis Zain sambil meletakkan tanda pagar #toughlove #becrueltobekind.
Walaupun jumlahnya sudah berkurangan, tetapi masih ramai lagi yang ingkar dengan arahan PKP bagi memutuskan rantaian wabak Covid- 19 daripada terus merebak.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zain Saidin & Rozita Che Wan
________________________

No comments:
Post a Comment