Nama usahawan Vivy Yusof hangat diperkatakan minggu lalu selepas dikecam teruk susulan kenyataannya yang didakwa menghina golongan B40 dan M40. Malah, satu petisyen turut diwujudkan menuntut pengasas tudung itu meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah UiTM.

Difahamkan, petisyen tersebut mendapat sambutan hangat daripada netizen dan dikatakan 230,000 menandatangani serta bersetuju dengan cadangan berkenaan. Bagaimanapun, difahamkan hari ini petisyen terebut telah dipadamkan,
Perkara itu diumumkan pengguna media sosial dikenali sebagai Mazril Mazlan yang juga pelancar petisyen tersebut. Pengguna itu berkata dia membuat keputusan untuk memadam petisyen tersebut kerana ianya telah mencapai target dan selesai.
Klik untuk gambar besar

Terdahulu, Vivy membuat permohonan kepada semua pihak yang tersinggung dengan apa yang terjadi. Vivy turut terkilan dengan pihak yang memulakan petisyen untuk beliau digugurkan dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM dan menganggap tindakan itu sebagai keterlaluan dan kejam.
Vivy Yusof juga berkata beliau akan menyaman individu yang memulakan fitnah tersebut dan individu yang memulakan petisyen untuk mempertahakan dirinya dari layanan tidak adil dari rakyat Malaysia ekoran kontroversi yang berlaku.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________

No comments:
Post a Comment