17 April 2020

HUBUNGAN DENGAN ALIFF - BELLA TIADA NIAT TIPU, AKAN KONGSI KALAU ADA REZEKI


Penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul 'Tenang', namun rata-rata netizen membuat spekulasi lagu itu seakan memberi gambaran hubungan dia dan bekas suaminya, Aliff Aziz sudah kembali pulih selepas dilanda pelbagai kontroversi.





Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, menjelaskan lagu itu tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia kini memilih untuk tidak lagi berkongsikan mengenai hak kehidupan peribadinya kepada umum.

"Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terluka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula. Tapi lagu tu tak ada kena mengena dengan hubungan saya," katanya.

Mengenai hubungannya dengan Aliff sama ada sudah berbaik, Bella berkata dia tidak mahu kongsikan lagi kepada umum bagi menghormati keluarga kedua belah pihak. Ujarnya lagi, dia sendiri akan kongsikan apabila tiba masanya nanti.

Klik untuk gambar besar


"Bukan niat saya nak menipu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi. Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, InsyaAllah saya dan Aliff akan kongsikan," ujarnya.

Sementara itu, Bella yang bimbang dijangkiti wabak Covid-19 berikutan mengalami demam, telah membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja berasa tidak sihat. Bella berkata dia sudah menerima keputusan ujian tersebut pada Rabu dan disahkan dirinya bebas daripada wabak tersebut.

Malah, kakak kepada penyanyi dan pelakon Didi Astillah ini juga menjalani pemeriksaan di sebuah klinik untuk memastikan keadaan kesihatannya: "Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sihat. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sihat, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wabak Covid-19.



"Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simpton wabak tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan negatif Covid-19. Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya.

"Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengkak. Mungkin disebabkan saya kurang minum air. Bibir saya pun jadi bengkak disebabkan ada ulser. Jadi, jangan risau saya hanya demam biasa sahaja," tuturnya.

Untuk makluman, Bella dan Aliff mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu didapati beberapa kali kantoi curang. Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata, Ayden Adrean kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: