"Pada mulanya tangan saya hanya bengkak biasa... jadi saya sapu minyak untuk surutkan bengkak itu. Namun bengkak itu semakin besar dan tidak surut, doktor suruh saya hantar gambar bahagian tangan dan dia terkejut melihat tapak tangan saya sudah menjadi biru," demikian kata penyanyi Afieq Shazwan, 23, apabila mengalami patah di bahagian jari kelingking akibat jatuh di dalam bilik air di rumahnya pada 12 April lalu.

Penyanyi lagu Lelaki 'Di Telefon', berkata pada mulanya dia menyangka hanya mengalami kecederaan biasa namun terkejut apabila tapak tangannya mula membengkak dan menjadi biru. Tambah Afieq, dia terpaksa memandu seorang diri pergi ke hospital kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun dalam keadaan tangan membengkak.
"Di sebabkan PKP, tiada siapa boleh hantar saya ke hospital... saya memandu sendiri menggunakan tangan kiri sahaja. Hari kedua juga saya pergi ke hospital seorang diri sebab kita kena ikut prosedur PKP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.
Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Afieq Shazwan
________________________

No comments:
Post a Comment