01 April 2020

"AKU PUNCA KECAM.. REPORT IG, FB & NAK SAMAN ANJU... HINA NETIZEN IQ RENDAH, LEMBU" - ZARINA


"Saya nak beritahu, saya bercakap secara umum, itu fakta! Saya pun orang dalam industri dan tahu apa saya cakap. Aku tak sebut mana-mana nama pun, korang kata aku punca netizen marah sampai korang kena kecam... mereka memang dah kecam korang pun sebelum tu.





"Sesetengah artis yang betul-betul marah sakit hati sampaikan buat group di aplikasi Telegram untuk membanteras dan kecam Anju gila-gila. Malah nak report Instagram (IG), Facebook (FB) dan nak saman Anju," demikian kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie menerusi rakaman video di Instagram pada Selasa.

Susulan kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk namun tetap merayu bantuan kerajaan, Zarina kini menjadi 'sasaran' segelintir anak seni. Terbaharu Zarina mengakui mendapat maklumat bahawa dia kini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan artis menerusi aplikasi Telegram.

Antara lain kumpulan artis itu mencadangkan agar laporan polis dibuat terhadapnya selain kepada pengendali laman Facebook dan Instagram yang diguna artis berkenaan. Bagaimanapun jelas Zarina, dia bukan punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan ketika Perintah Larangan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Klik untuk gambar besar


Malah Zarina turut memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior. Pada Sabtu lalu, Zarina menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.

Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial, Zarina berkata artis sepatutnya memohon bantuan daripada Persatuan Seniman atau rakan selebriti dalam industri seni, bukannya kerajaan. Kenyataan Zarina dalam video tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir anak seni.

Sementara itu, Zarina turut mendedahkan dia menyimpan beberapa bukti perbualan di aplikasi Telegram itu dan mendakwa ada dalam kalangan artis menggelarnya dengan nama yang kurang baik: "Dalam group itu korang aibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku... kenapa semua tergugat dengan aku seorang?

"Dengan screenshot yang aku dapat, aku boleh saman malu korang tau, jadi guna otak sekarang! Semua hina netizen kata IQ rendah, lembu... ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini, kau memang jenis manusia tak bersyukur.



"Aku nak korang tahu tanpa netizen siapa nak sokong korang, korang hiburkan mereka? Ya tapi macamlah dia orang tak bayar bil, Astro untuk tengok korang tu! Siapa support korang? Netizen juga! Tolong jangan lupa," ujarnya.

Sementara itu bercakap mengenai gerakan untuk melumpuhkan akaun laman sosialnya, Zarina menyifatkan ia satu perbuatan yang melampau: "Ini tempat aku tolong orang kongsi review IG percuma, aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain.

"Kalau kau buat aku, ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui IG, busuk hati sampai nak tutup IG aku. Itu aku tak puas hati, aku tak ada niat nak menjatuhkan korang atau tutup periuk nasi korang, tapi korang dah lebih-lebih," tuturnya.

Dalam pada itu Seniman menerusi ahli jawatankuasanya telah membuat laporan polis terhadap pelakon wanita berkenaan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: