01 April 2020

ZED ZAIDI NAFI 'GAMBAR TAK SENONOH' - BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ZARINA ANJOULIE?


Bukan saya, demikian nafi pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ketika diminta mengulas mengenai gambar tidak senonoh miripnya yang tular sejak pagi semalam.

"Mereka boleh buat apa saja kerana mereka adalah penggodam atau ‘hackers’. Saya sudah bersiap sedia sejak sekian lama dan saya anggap ini sebagai cabaran dalam perjuangan saya untuk industri dan anak seni," ujarnya yang sudah bersiap sedia untuk berdepan situasi begini lebih-lebih lagi apabila namanya dan Seniman dikecam hebat gara-gara menyenaraikan beberapa cadangan untuk Bantuan Covid-19 Penggiat Seni 2020.





"Dalam masa sekarang, apa saja yang kita cakap, orang takkan dengar. Kalau saya cakap itu bukan saya pun, orang takkan percaya.

"Pada saya, ini bukan perkara baru kerana sejak awal pembabitan saya dalam industri hiburan, sudah ramai orang yang mengecam bahkan ada yang mengugut.

"Itu semua adalah untuk kita menambahbaik diri kita. Kalau semua orang terlalu memuji, itu sudah membodek," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Untuk info, gambar tersebut mula tular sejak pagi semalam dan mula diperkatakan mengenai individu yang mirip dengan Zed dari segi wajah dan bentuk tubuh.

Terdahulu, mengenai kes bantuan untuk artis, menurut Zed, video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang artis wanita telah menimbulkan pelbagai perbalahan antara netizen dengan artis. Malah ia juga didakwa mencalarkan imej Seniman sebagai persatuan.

"Kenyataannya mengganggu perpaduan dalam industri hiburan dan mengganggu ketenteraman awam. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, dia sebagai artis seharusnya berkongsi maklumat dan ilmu dengan masyarakat supaya dapat membantu mereka yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimanapun, dia keluarkan video yang membuatkan masyarakat memandang negatif kepada artis dan pada masa sama, menghasut orang ramai untuk membenci artis," kara Zed mendakwa apa yang digambarkan artis itu dalam video berkenaan bukan 100 peratus tepat.

"Dia ada sebut mengenai artis-artis yang menjalani kehidupan mewah, tapi itu hanyalah 10 peratus sahaja daripada realiti kerana ramai lagi yang tak berkemampuan.

"Lebih parah, tindakannya itu membuatkan ada netizen yang berani mengugut dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada artis dan persatuan.

"Dalam tempoh sekarang, kita sepatutnya bermuhasabah diri dan tak boleh bersikap negatif. Artis pun sama seperti rakyat yang lain, yang memerlukan bantuan dalam saat-saat sebegini," katanya.

Sehubungan itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah membuat tiga laporan polis semalam terhadap artis wanita terbabit. Difahamkan, laporan itu dibuat oleh tiga biro Seniman di tiga balai polis secara berasingan.

"Mereka yang membuat laporan polis adalah Pengerusi Biro Penguatkuasa Seniman, Badrul Muhayat; Pengerusi Biro Artis Baru, Izzmad Harun dan Penolong Setiausaha Agung Seniman, Rena Tan," kata Zed Zaidi pada media.

Zed menegaskan, pihaknya akan menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menguruskannya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: