07 April 2020

NONNY BUKA KISAH: "PAGI KENA PERFORM, PETANG SEMALAM BARU KENA CERAI"


Umum sedia maklum mahligai dibina oleh penyanyi Nonny Nadirah itu telah hancur musnah tidak sampai setahun selepas sah bercerai pada tahun lalu dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing bukanlah sesuatu yang mudah.





Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Nonny berkongsi kisah disebalik saat duka ketika bercerai dan beberapa lagi kisah peribadinya. Dia turut memuatnaik videonya yang menangis ketika membuat persembahan. Difahamkan, ia sehari selepas dia diceraikan.

Nonny berkongsi kisah peribadinya itu bukanlah untuk meraih perhatian atau simpati tetapi berharap agar wanita lain di luar sana yang ditindas dan dibuli menjadi lebih kuat, bersemangat untuk bangkit daripada kesengsaraan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Nonny, jika sudah terlalu buntu, janganlah segan untuk kembali kepadaNya dan memohon pertolongan untuk terus tabah menghadapi segala ujian. Tambah Nonny lagi, dia masih berada di fasanya tersendiri dan hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Untuk makluman, Nonny pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 bersama seorang penerbit di sebuah stesen televisyen selepas sembilan tahun menyulam cinta. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan perkahwinannya itu bertahan tidak sampai setahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: