07 April 2020

TAHNIAH - ENOT BERGELAR NENEK, TIMANG CUCU PERTAMA


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Enot, 42, telah berkongsi berita gembira dimana dia telah selamat menimang cucu sulungnya semalam. Anak perempuannya Andriana Balqis, 19, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal.





"Assallamualaikum Alhamdulilah anak sy dah selamat melahirkan baby gurl 2.5kg.. Allahuakbar syukur ya Allah dua2 sihat.. tq sume yg mendoakan anak sy dan cucu gurl sy.. now im officials Tokmamok... Alhamdulilah terima kasih ya Allah atas nikmat ni..," katanya yang menerima komen dimana peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

Terdahulu, Andriana mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada Mac 2019. Selain Andriana, Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Enot


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: