07 April 2020

PERNAH SOLAT DEKAT MASJID JAMEK - PU RIZ POSITIF COVID-19, MOHON DOA


Pendakwah bebas dan juga pelakon iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz telah disahkan positif Covid-19 selepas tiga hari mengalami demam panas, pening dan sukar mahu melelapkan mata. Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, dia menjalani ujian saringan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada Ahad dan mendapat keputusan semalam.





PU Riz Ismail kini dikuarantin di PPUM selepas disahkan positif COVID-19: "Saya mengalami demam panas, sejak tiga hari lalu. Dan ujian saringan, saya sah positif COVID-19. Saya sudah berada di PPUM untuk dikuarantin. Saya akan berada di sini hingga ujian menjadi negatif. Saya pening dan sukar mahu melelapkan mata.

"Saya reda dengan berita ini dan anggap ia adalah ujian Allah SWT ini dan akan kuatkan diri berdepan ujian ini. Saya harap semua dapat mendoakan semoga saya cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Riz berkata, dia menganggap ini ujian Allah SWT terhadapnya: "Jika menjaga kesihatan sekali pun, tetapi kalau Allah mahu mendatangkan sakit, kita tak boleh elak. Begitulah aturan kehidupan. Apapun, saya mengharapkan doa cepat sembuh dan bebas virus berbahaya ini. Moga penamat yang baik dengan izin-Nya. Doakan saya terus kuat," kata Riz.

Pelakon drama 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu berkata, dia hanya duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan: "Sepanjang PKP, saya hanya keluar rumah untuk pergi membeli barang keperluan," jelasnya.



Sementara itu, Riz berkata sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah. Namun cerita Riz, dia pernah mengunjungi Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur sebelum rumah ibadah itu ditutup kerana penyebaran wabak tersebut.

"Rumah saya memang betul-betul di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling dan kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini. Pada kesempatan ini saya nak minta maaf kalau sebelum ini ada salah silap dengan sesiapa, mohon doakan saya cepat sembuh ya!" katanya.

Dalam pada itu Riz memberitahu pihak hospital akan menjemputnya di rumah bagi mendapatkan rawatan lanjut. Sebelum itu, Riz turut berkongsi berita sedih apabila bapa saudaranya disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: