07 April 2020

"SUDAH LA MYZA GADUH... AKU MAAFKAN KAU WALAUPUN KAU HINA AKU..." - ZARINA


"Sudah-sudah la myza kau nk gaduh dgn semua org sampai bila...? Dgn aku nk gaduh dgn netizen nk gaduh... sister ramai lagi saudara kita yg tgh kebulur kat luar tu dari kau gigih nk jatuhkan org baik kau gunakan platform kau utk membantu lagi org sayang.. Apa2 pun aku maafkan kau walaupun kau hina2 aku tq! Allah is great," demikian tulis Zarina Anjoulie menerusi laman Instagramnya.





Zarina meminta pelakon Amyza Aznan agar berhenti berbalah dengan netizen di media sosial. Kata Zarina lagi sampai bila pelakon itu mahu bergaduh dengan netizen dan lebih baik jika menggunakan platform media sosial untuk menyebar kebaikan.

Menurut Zarina lagi, dia juga sudah memaafkan Amyza di sebalik konflik yang tercetus antara mereka sebelum ini. Menerusi entri tersebut, Anju turut berkongsi paparan komen yang ditinggalkan Amyza yang seolah-olah berang apabila netizen mempersoalkan 'perangai sebenarnya'.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Amyza menafikan dakwaan dia menghina netizen tetapi berang dengan 'troopers' seorang selebriti selebriti yang didakwa telah mengrekrut netizen untuk menyerang para artis ketika siaran langsung pihak SENIMAN yang berbicara mengenai bantuan khusus artis.

Nampaknya, isu perbalahan antara artis dan netizen masih tiada kesudahan lagi apabila sebelum ini Zarina mendedahkan ada perbualan beberapa artis menghina netizen IQ rendah dan ibarat lembu cucuk hidung. Turut terkena tempias Amyza yang kini sedang berdepan dengan kecaman dan cacian netizen sehingga ada netizen melancarkan boikot terhadap beberapa artis termasuk dirinya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: