07 April 2020

WAJAH ANAK KEDUA LELAKI HAFIZ SUIP, MUHAMMAD ALKAF ZAYNE


Penyanyi Hafiz Suip akhirnya telah berkongsi wajah anak keduanya yang diberi nama Muhammad Alkaf Zayne, selepas sebulan selamat dilahirkan. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 30, berkata, pendekatan itu dibuat atas permintaan kedua ibu dan mentuanya.





"Saya menghormati permintaan dan pantang larang orang tua. Kalau boleh biarlah selepas usia bayi sebulan dan baru boleh kongsi. Jadi, selepas sebulan baru saya dan isteri kongsikan di lnstagram. Insya-Allah, dalam beberapa hari lagi isteri pun habis berpantang. Terima kasih kepada semua yang mengirim ucapan dan mendoakan bayi dan isteri saya," tuturnya.

Mengenai pemilihan nama anak keduanya itu, Hafiz yang juga pemenang kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) lalu berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada isteri, Nureffy Jasreel Abdullah: "Nama anak pertama kami, saya yang pilih. Jadi, untuk anak kedua pula giliran isteri pula. Katanya, dia sangat menyukai nama Alkaf itu dan tidak tahu dari mana dapat idea," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Hafiz, dia dan isteri berhajat untuk memiliki anak perempuan: "Kami berhajat nak anak perempuan. Tapi, Allah berikan rezeki anak lelaki. Alhamdulillah, ia tetap rezeki yang berharga. Insya-Allah, kalau ada rezeki boleh tambah anak lagi. Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan," katanya.

Terdahulu, isteri Hafiz selamat bersalin anak lelaki kedua pada 1 Mac lalu. Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri yang kini berusia tiga tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hafiz Suip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: