19 April 2020
PKP - RUHAINIES & TEMAN LELAKI TIADA MASALAH BERJAUHAN , SUDAH BIASA
"Mestilah rindu dekat buah hati... tapi mungkin sebab kami dah biasa Long Distance Relationship (LDR) jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat. Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia, jadi ia bukan isu besar bagi kami.
"Sekarang ini dia sudah menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur tapi disebabkan PKP, masing-masing duduk rumah sendiri sahaja. Tapi cara kami lepaskan rindu, setiap hari kami buat panggilan video, telefon dan berborak sampai malam.
"Jadi memang tak ada masalah langsung!" demikian ujar pelakon Ruhainies yang berkata tidak menjadi masalah buat dia dan teman lelaki dikenali sebagai Mr E tidak dapat bertemu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka sudah terbiasa melalui situasi sebegini berikutan kekasihnya menetap di London.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ruhainies berkata pelaksanaan PKP ini ada hikmah buatnya kerana dia boleh meluangkan masa bersama semua ahli keluarga. Dia turut mengakui tidak sabar untuk menyambut Ramadan bersama keluarga tersayang kerana tahun ini mereka semua dapat berkumpul bersama tidak seperti sebelumnya.
"Sepanjang PKP ini memang habis masa dekat rumah sahajalah, tengok muka adik-beradik 24 jam, kemas rumah, belajar memasak. Sebenarnya ada hikmah juga... sebab saya dapat luangkan lebih masa dengan mereka yang mungkin sebelum ini kita ada tertinggal waktu berharga bersama.
"Sekarang ini saya tak sabar menanti Ramadan kerana setelah lima tahun, akhirnya kami sekeluarga dapat berbuka bersama-sama. Kalau sebelum ini memang tak boleh nak berkumpul sebab masing-masing sibuk dengan komitmen kerja," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment