19 April 2020

TAK PERLU TONGKAT - ANAK LINDA EVA, HAZIQ TOLONG IBU BERNIAGA SEPANJANG PKP


Bekas vokalis kumpulan Putera Band, Haziq dan ibunya yang juga penyanyi, Linda Eva tidak menjadikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghalang untuk mereka menambah sumber pendapatan.





Haziq, 20, berkata sepanjang tempoh PKP ini, dia bersama ibunya melakukan perniagaan makanan dari rumah iaitu perniagaan sambal daging dendeng yang boleh dibeli oleh pelanggan secara cash on delivery (COD) atau khidmat pos.

"Alhamdulillah, PKP ini bukan duduk rumah sahaja, kami buat perniagaan kecil-kecilan di rumah bagi menambah pendapatan keluarga. Kami menjual juadah istimewa iaitu daging dendeng dan asam pedas daging... itu menu utama! Kalau ada pelanggan mahu menu lain kita turut sediakan ikut kehendak mereka.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah sambutan sangat baik, dalam sehari banyak juga tempahan yang diterima... kalau kawasan dekat-dekat rumah selalunya emak yang akan hantar ke pelanggan, kalau agak jauh kebiasaannya kita hantar melalui pos," katanya.

Memandangkan keupayaan kakinya untuk bergerak agak terhad, Haziq berkata dia hanya mampu membantu menyediakan bahan masakan dan pembungkusan sahaja: "Pagi-pagi emak akan hantar tempahan secara COD ke rumah pelanggan, selepas selesai semua barulah kami memasak untuk tempahan berikutnya. Seronok juga meniaga dari rumah ni, sambil-sambil berehat boleh jana pendapatan dan cari duit lebih," ujarnya.



Sementara itu, penyanyi lagu 'Rebahku Tanpamu' ini memberitahu keadaan kakinya semakin baik dan sudah memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan: "Kaki sekarang dah okay, boleh berjalan macam biasa, tak ada rawatan khusus dari hospital lagi, cuma mungkin selepas PKP ini akan ada beberapa rawatan pemulihan untuk saraf.

"Dah tak perlu makan ubat, tongkat pun dah tinggal! Kalau duduk saja tak bergerak mulalah kaki rasa sakit, jadi kena rajin berjalan. Memandangkan PKP tak boleh keluar jadi saya ulang-alik sahajalah dalam rumah," katanya yang baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul 'Jalan Benar' merupakan kerjasama dengan sahabat baiknya, Ell dan D Spade.

Pada 5 Julai tahun lalu, Haziq terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal bersama rakannya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kaki kanan cedera teruk akibat salur darah putus.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: