12 April 2020

SARAT HAMIL 8 BULAN - ARDELL BERSAMA SUAMI BORONG BARANG, BANTU ORANG SUSAH


Pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa pastinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata sulung mereka apabila usia kandungan Ardell kini mencecah lapan bulan. Berkongsikan keadaan terkini, kandungan Ardell berada dalam keadaan baik-baik sahaja.





Meskipun sedang sarat hamil, Ardell tetap turun padang melakukan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Nadzmi turut berkongsikan video mereka membeli barangan untuk didermakan kepada yang memerlukan.

"Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain ❤️😘 Insyaallah setiap keluarga asnaf akan dapat beras, minyak masak, sardin, kicap, sos, keropok untuk di goreng, maggie goreng, bihun, tepung gandum, gula, biskut gula kering, teh, kentang, bawang merah, bawang holland, cili kering, satu bag sabun basuh baju, satu botol sabun basuh pinggan dan susu serta pampers untuk mereka yang mempunyai anak kecil sahaja ❤️

Klik untuk gambar besar


"Untuk ayam pula kami akan beri seminggu sekali kepada yang keluarga tertentu sahaja. Tolong tagg ataupun beri details orang sekeliling anda yang benar benar memerlukan di saat ini. Tinggalkan nombor telefon dan alamat untuk pihak kami contact mereka. Kami hanya minta jasa kalian untuk mendoakan kami berdua serta anak dalam kandungan ini ya 🤲🏻❤️ @alwadelhijab @alwadeltailor @adellroutine_hq," tulis Nadzmi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar kandungan pelakon itu baik-baik sahaja serta dipermudahkan urusan untuk bersalin tidak lama lagi. Malah, ramai yang turut mendoakan agar pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Dalam pada itu, ramai yang tidak sabar untuk menunggu kelahiran anak pasangan tersebut dan tertanya-tanya jantina bayi mereka. Tidak kurang juga ada yang mengatakan pasti anak mereka comel kerana ibu bapanya segak dan cantik.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Ohmymedia, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: