12 April 2020

"WALAUPUN NERVOUS TAPI BAHAGIA" - ZARA ZYA AKUI DALAM PROSES KENALI, NAFI BERUNIFORM


"Betullah tu! Saya sedang berkawan rapat dengan seseorang yang istimewa dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Doakan baik-baik! Walaupun nervous tapi bahagia," demikian kata pelakon Zara Zya yang mengakui dirinya sedang bahagia bersama insan tersayang apabila menulis kapsyen romantis di laman Instagram.





Zara bagaimanapun berkata, terlalu awal untuknya mendedahkan identiti lelaki tersebut kerana mereka masih dalam proses perkenalan. Pada Sabtu lalu, menerusi Instagram, Zara berkongsi foto serta kapsyen memberitahu hatinya kini sudah dimiliki. Dalam kapsyen tersebut, dia turut memberi bayangan jejaka itu bukanlah seorang selebriti.

"Walaupun bidang kita berlainan... walaupun pelbagai watak yang saya lakonkan... walaupun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya. Terima kasih terima saya seadanya. Saya sangat bahagia sekarang!," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian Zara itu menerima pelbagai komen daripada pengikut termasuklah rakan artis antaranya Jihan Muse: "Selalu mendoakan kebahagianmu walaupun aku suka buli kau. Yang ni aku approve. Tapi ingat pesan mak jangan bagi 100 peratus hati tu nanti sakit lagi, sukalah abang uniform, PKP ni pusat kenal pasangan," komen Jihan.

Sementara itu, Zara berkata jejaka berkenaan bukanlah anggota beruniform seperti yang diperkatakan oleh pengacara Gegar Vaganza itu: "Jihan pun tak tahu siapa... salah faham tu! Boleh jadi dia cakap beruniform sebab sekarang ni kan PKP, semua petugas beruniform sahaja yang keluar rumah.

"Siapa pun jejaka itu, biarlah rahsia dulu!," ujar pelakon drama 'Seadanya Aku' ini yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu, namun hanya bertahan selama tiga bulan.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: