28 April 2020

SUMBANGAN DIPERTIKAI - USTAZ EBIT LEW TAMPIL DEDAH SUMBER PENDAPATAN


Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, ada pihak kurang senang dengan dengan kerja kebajikan yang dilakukannya dan iri hati.





Malah, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Ustaz Ebit serta mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri. Tidak mahu perkara itu terus menjadi bualan dan salah faham, Ustaz Ebit menerusi Facebook menjelaskan tentang pendapatan yang diperoleh daripada beberapa sumber atau peniagaan yang diusahakan sendiri.

Turut berkongsikan foto rumahnya bersama kereta mewah, Ustaz Ebit berkongsikan rahsia bagaimana rezekinya sentiasa dipermudahkan. Menurut Ustaz Ebit, dia sudah berniaga lebih 10 tahun. Dari kecil menyebarkan dakwah Islam, Ustaz Ebit pernah berdepan kesusahan sehingga tidur di masjid.

Klik untuk gambar besar


Ustaz Ebit berkata diusia muda lagi dia sudah melakukan macam-macam kerja dan wang gaji yang diperolehi diberikan kepada ibunya. Ramai tidak tahu mengenainya, Ustaz Ebit berkata dia mempunyai tiga buah restoran dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangan lagi di seluruh Malaysia dan luar negara.

Malah, Ustaz Ebit turut mempunyai butiknya sendiri menjual jubah. Meluahkan rasa syukur rezeki semakin melimpah ruah, Ustaz Ebit berkata dia juga sudah menulis 9 buah buku dan semuanya laris dijual. Antara pendapatan lain yang diraihnya adalah menerusi YouTube dan Facebook. Ujarnya lagi, dia juga tidak menyangka dua platform itu memberikan bayaran yang banyak.



Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit berkata dia juga mempunyai dua program di televisyen yang sehingga kini sudah memasuki dua musim. Menerusi program itu, Ustaz Ebit mendapat bayaran daripada syarikat media untuk iklan.

Tidak lokek berkongsikan ilmu kepada orang ramai, Ustaz Ebit berkata dua perkara penting untuk mendapat kejayaan iaitu rajin dan yakin pada Allah kerana semua perkara di dunia ini adalah milik Allah. Ustaz Ebit turut menitipkan pesanan jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana tanpa doa mereka pasti dia tidak dapat apa yang dimimpikan.

Diharap dengan penjelasan ini tiada lagi tuduhan liar daripada para pengkritik yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit. Apa pun semoga Ustaz Ebit tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan meskipun berdepan pelbagai kecaman.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: