19 April 2020
TIADA 'SOCIAL DISTANCING', KATA RUMAH KAMI - AMEERA KHAN KANTOI SUDAH KAHWIN?
Adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan baru-baru ini telah meraikan ulang tahun kelahiran ke-23 pasangannya, FD Idzham dan memuatnaik sekitar sambutan itu di laman Instagram.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah aksi Ameera dan pasangannya itu tidak mengamalkan 'social distancing' antara mereka. Malah kenyataan Ameera yang 'tidak sengaja' mendedahkan dia dan pasangan itu kini sudah tinggal bersama, sekali gus menjawab teka-teki hubungan mereka yang didakwa netizen sebelum ini sudah berkahwin.
Klik untuk gambar besar
Pendedahan itu dibuat Ameera ketika menjawab ruangan komen akaun Instagramnya semalam. Tulis pengguna itu; "Kamu tidak sepatutnyaa keluar dari rumah kamu. Stay home!". Namun, ia dibalas oleh Ameera dengan menyatakan dia berada di kediaman milik mereka bersama: "Tapi ini adalah rumah kami," tulis Ameera ringkas.
Justeru, pernyataan Ameera itu seakan-akan memberikan bayangan bahawa mereka sudah memiliki ikatan hubungan yang halal. Ia juga seperti menjawab desas-desus mengenai status hubungan mereka yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.
Ameera pernah diasak mengenai status dirinya dan punca menghilang selama lapan bulan sejak tahun lalu. Namun, usahawan kosmetik itu juga enggan mengulas lanjut dan menganggap apa yang terjadi kepadanya tidak perlu dikongsikan kepada umum.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ameera Khan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment