11 May 2020

4.6 JUTA TONTON TV ALHIJRAH DIMINGGU PERTAMA RAMADAN


Sekali lagi stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1.6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H.

"TV AlHijrah sentiasa menjadi saluran pilihan penonton setiap kali tibanya Ramadan. Namun peningkatan jumlah tontonan dwi platform kali ini adalah luar biasa dan ia membuktikan sokongan terus menerus penonton setia stesen ini termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kami," demikian menurut Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.





"Saya percaya ini adalah antara hikmah tersembunyi di sebalik kesedihan dan kebimbangan kita semua terhadap serangan pandemik Covid-19. Umat Islam khususnya mencari makanan rohani yang menangkan jiwa. Justeru, semua rancangan-rancangan baru yang diterbitkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta rancangan sedia ada di TV AlHijrah dipastikan bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek moral dan kerohanian," tambahnya.

Untuk info, setakat minggu pertama Ramadan, program #QuranTime menjadi pilihan utama penonton dengan capaian hampir 1 juta tontonan di platform televisyen dan 10 juta tontonan di di Facebook Live TV AlHijrah.

Antara program-program lain yang popular adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: