14 May 2020

7 MEI LALU - MON RYANTI SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA, LELAKI


Pelakon Mon Ryanti telah memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan anak ketiga pada 7 Mei lalu, kira-kira jam 11.29 malam. Anak ketiga yang merupakan bayi lelaki itu dilahirkan dengan berat 3.30 kilogram, ketika umat Islam di negara ini menyambut Ramadan yang ke-14.





Sambil merakamkan rasa syukur, berita gembira itu dikongsikan Mon atau nama lengkapnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ini menerusi laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, #BabyHH3 dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik. Tq my lovely husband, family, in- law, doc, nurse2, kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan #babyHH3 and me. Baby Weight = 3.30 KG, Week Born = 39 Weeks, Gender = Boy, Time = 11.29pm, DOB = 07 | 05 | 2020, bersamaan 14 Ramadan 1441AH," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Bintang filem 'Nongkrong' dan 'Jangan Pandang Belakang Congkak' ini juga ada berkongsi pengalamannya yang terpaksa melahirkan anak ketiganya itu di Johor Bharu atas situasi semasa yang berlaku ketika ini.

Perkongsian tersebut dikongsikan menerusi platform sama. Terdahulu, Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya,Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mon Ryanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: