14 May 2020

ZUL HUZAIMY & SYAFINAZ DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH ASWARA


Tahniah kami ucapkan kepada dua personaliti industri hiburan iaitu pelakon Zul Huzaimy dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat diatas perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang berkuatkuasa 1 Mei lalu.





Menerusi kenyataan kepada media, Zul dan Syafinaz merupakan antara tiga pelantikan baharu termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli.

"Aswara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah Aswara baharu iaitu Tan Sri Norliza Rofli, Datuk Syafinaz Selamat dan Zul Huzaimy Marzuki. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mei lalu. Tahniah diucapkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Zul menerusi laman Instagram berjanji akan menjalankan amanah serta tanggungjawab itu sebaik-baiknya: "Alhamdulillah di atas kepercayaan yang telah diberikan. Terima kasih atas lantikan ini. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Doakan yang terbaik buat saya," tulisnya pada Khamis.

Rata-rata pengikut termasuklah rakan artis turut berbangga dengan pencapaian itu dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut. Pada 2018, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aswara, malah perlantikannya itu juga turut mendapat riaksi yang positif daripada semua pihak.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro,Instagram Zul Huzaimy & Syafinaz Selamat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: