06 May 2020

ADAM CORRIE SYUKUR KURTA, JUBAH DAPAT PERHATIAN: "NAIK MENDADAK TU TIDAK LA..."


Perniagaan jubah dan kurta Ustaz Ebit Lew dan pelakon Adam Corrie telah mendapat perhatian netizen selepas isu yang melibatkan syarikat tekstil Jakel. Netizen mula menjalankan kempen menyokong perniagaan dua ustaz selebriti ini yang dianggap lebih membawa manfaat kepada masyarakat.





Adam yang dihubungi memberitahu perniagaannya mendapat sambutan, namun tidaklah terlalu mendadak seperti yang ditularkan di laman sosial: "Naik mendadak tu tidak la, cuma bezanya sekarang lebih ramai tahu yang saya sebenarnya ada butik dan rekaan kurta sendiri," jelasnya.

Apabila ditanya berkenaan perkembangan bisnesnya sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dijalankan, pemilik Mr & Mrs Adam Corrie Eclusive itu menjelaskan ramai yang sudah mula bertanya dan ingin membuat tempahan.

Klik untuk gambar besar


"Syukur Alhamdulillah ada sale, daripada tak ada langsung. Sebenarnya ramai dah mula tanya baju bila nak sampai, saya pun tak dapat nak beri jawapan memandangkan dalam keadaan sekarang, baju saya masih lagi terkandas di Bangladesh," jelasnya.

Mengulas isu Muzaffar Mohamed Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu, Adam berharap orang ramai dapat memaafkan kesilapan yang tidak disengajakan itu: "Semua manusia ada buat silap, sebagai orang islam kita digalakkan memaafkan mereka dengan hati yang terbuka atas kesilapan yang dilakukannya.

"Malah di bulan Ramadan ini, kita kena banyak belajar bersabar dan menahan diri dari buat perkara yang tak baik. Selain diperintahkan oleh Allah berpuasa, kita digalakkan menjaga lisan kita," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Adam Corrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: