06 May 2020

HIDAYAH TERIMA TEMPAHAN 10,000 KASIH CHOCOLATE - FB & IG ARWAH ABAM, ADA CUBA HACK


Bagi yang kehilangan suami tercinta itu bukanlah suatu yang mudah untuk diharungi, apatah lagi baru beberapa tahun bergelar suami isteri. Begitulah dengan Nor Hidayah Mohd Ali. Namun, buat Hidayah atau lebih mesra dipanggil Dayah, hidup mesti diteruskan demi kelansungan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah.





Balu kepada Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey itu menjalankan perniagaan Kasih Chocolate dengan bantuan abangnya yang turut menguruskan perniagaan tersebut: "Alhamdulillah syukur order masuk lagi. PA Dayah @sirazmier kata 10,000 biji Kasih Chocolate dayah kena buat utk customers.

"Terima kasih @sirazmier uruskan hal-hal order customers & postage serta akaun syarikat. Syukur pada Allah ramai yang beli & ramai yang repeat," tulis Dayah di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Seperti di dalam setiap entri di Instagramnya, Dayah tidak lupa untuk mendoakan dan menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya yang disayangi, Allahyarham Syed Umar Mokhtar. Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu, dan meninggalkan seorang balu Nor Hidayah Mohd Ali serta seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah.

Sementara itu menerusi entri yang lain, Dayah memberitahu ada pihak yang cuba ambil serta hack Facebook dan Instagram arwah suaminya: "Ada yang cuba ambil @ hack Facebook Syed umar mokhtar arwah suami saya, baru lepas tadi saya updte pasal anak saya hamzah tapi sekarang xboleh bukak.. pagi ni Pula ada org Cuba hack ig arwah... #jangansibukhalorang #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #allahada," katanya.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Nor Hidayah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: