20 May 2020

ADIK MILLER KHAN DIDAKWA PUKUL ISTERI KETIKA HAMIL SAMPAI LEBAM?


Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan adik kepada pelakon Miller Khan, Aliff Alli Khan melakukan keganasan terhadap bekas isterinya, Aska Ongi ketika wanita itu sedang berbadan dua. Menerusi laporan media Indonesia, Aliff difahamkan telah menganiaya Aska sejak empat bulan hamil.





Malah, Aska yang diwakili penasihat undang-undang, Sunan Kalijaga, mendedahkan Aliff seorang pemabuk dan berperangai buruk: "Ya, dia dianiaya oleh suami yang juga seorang pemabuk. Aliff juga pernah melakukan hal yang sama (berkasar) kepada isterinya, Nora Alexandra sebelum ini," katanya kepada Insertlive.

Nora juga tidak berbelah-bagi untuk membantu memberikan keterangan berhubung perkara tersebut. Tambah Sunan, Aska telah melarang Aliff untuk bertemu anak mereka kerana bimbang kejadian sama berulang.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Aska turut membuat laporan terhadap pihak imigresen memandangkan pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak memiliki permit kerja yang sah: "Dia tidak ada izin untuk bekerja, dia paka pasport untuk melancong. Padahal sudah terbabit dalam pelbagai sinetron di sini," tambahnya.

Aliff dan Aska telah bercerai pada November 2019 selepas dikurniakan seorang anak. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.

Aliff merupakan adik-beradik Miller Khan, Isa Khan dan Farali Khan. Sepanjang berada di Indonesia, Aliff pernah membintangi filem 'Heart 2 Heart' dan beberapa sinetron antaranya 'Kau Berasal Dari Bintang', 'Rahasia Cinta' dan 'Catatan Hati Seorang Gadis'. Ketika ini, masih cuba mendapatkan keterangan lanjut daripada Aliff dan keluarganya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Wow Keren & Insertlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: