20 May 2020

'SENARIO REUNION', 6 AHLI SAHAJA TANPA LAN PET PET - INI SEBABNYA


Ini khabar gembira buat peminat Senario apabila kumpulan komedi yang mula popular pada tahun 90-an itu bakal kembali dalam sebuah naskhah 'Senario Reunion' yang akan ditayangkan di RTM TV2 pada malam raya kedua. 'Senario Reunion' bakal menampilkan Saiful Apek, Hamdan, Wahid, Ilya, Yassin dan Azlee.





Saiful menerusi laman Instagram miliknya mengakui persahabatannya dengan semua ahli kumpulan Senario merupakan satu yang indah dan tidak ternilai. Menurut Saiful hubungan mereka tidak ubah ibarat seperti adik beradik apabila masing-masing bergabung kembali sebagai Senario.

"Indah dan nikmatnya, harga silaturrahim dan ukhwah yang tiada nilai dengan wang ringgit, bersama sahabat-sahabat yang masih lagi istiqamah untuk bersama-sama selagi masih bernyawa. Sayangi sahabat-sahabat, ibarat famili sendiri. Syukur Alhamdulilah," tulisnya.

Saiful berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Pun begitu mereka hanya kembali dengan 6 orang ahli sahaja tanpa Lan Pet Pet: "Kepada yang tertanya-tanya kenapa 6 ahli sahaja, ia adalah kerana abang Lan Pet Pet tak dapat bersama atas kesibukan urusan yang tak dapat dielakkan. Tiada kejadian yang dijadikan kebetulan," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Saiful Apek @senarioreunion


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: