15 May 2020

ALMY NADIA: "TAK BOLEH TAHAN, LAMA BAGI MUKA... KOMEN SERUPA PENGHUNI SYURGA"


Pelakon Datin Almy Nadia menerusi laman Instagram telah menegur sikap tidak beradab segelintir individu selepas sering menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen. Menerusi Instagram, Almy berkata dia terpaksa menulis luahan mengenai isu berkenaan dan meminta netizen yang kurang senang segera berhenti daripada mengikuti laman sosialnya.





"Lama pendam perasaan tapi hari ini tak boleh tahan terpaksa luah... sajalah nak cakap, siapa-siapa yang tak suka kami tak payahlah nak follow kami, faham! Lepas tu hampa (kamu) masuk dalam Instagram kami komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, apa sahaja yang melibatkan kami yang membuatkan hampa cemuih (bosan) baik hampa tak payah nak tambah dosa di bulan puasa ni.

"Lama betul kami perhati tau bagi muka kat hampa yang datang masuk Instagram kami lepas tu komen serupa good-good pula! Lama kami tahan tapi hari ini tak tahan... sajalah nak luah agar hati kami lega sikit, yang hampa ahli syurga tak usah datang Instagram kami tau," katanya.

Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz ini berkata perkongsiannya di laman sosial berkenaan adalah mengenai realiti kehidupannya yang sebenar. Justeru itu, dia lebih senang menyekat akaun yang menulis komen negatif bertujuan untuk mencetus provokasi dan penghinaan terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Kami tak adalah elok mana, kami jadi diri sendiri saja, tak mahu letak gambar atau video jadi orang lain, kami tak suka macam tu sebab ini Instagram kami. Maaf buat sesiapa yang kena block, bagitahu awal-awal terpaksa block sebab kami tak mahu cari dosa nak baca komen tak elok dan nanti syaitan hasut suruh balas... dari cari dosa baik kami sekat!," ujarnya.

Berdepan dengan pelbagai ragam netizen, Almy berkata Fizz sering menasihatinya supaya mengabaikan komen negatif tersebut: "Suami kami selalu pesan jangan baca, jangan balas sebab mereka tak betul pun nak ikutkah?

"Jadi tak perlu layan, kami pun malas layan... tapi ni terpaksalah tulis supaya anda faham. Saya ni jenis baca komen, macam komen pelik-pelik saya tak balas dan terus padam dan block saja. Mohon maaf pada semua!," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: