16 May 2020

"SELAMAT HARI LAHIR... TAK KIRA BERAPA UMUR, AWAK TETAP BABY BOY" - MARIA FARIDA


Pelakon Datin Seri Maria Farida telah menulis sebuah ucapan istimewa menerusi laman Instagram miliknya sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Mizan Ashley yang ke-23 kelmarin. Menurut Maria, kehadiran Mizan banyak memberi kebahagiaan dalam kehidupannya.





"Selamat hari lahir untuk anak kesayangan saya, hari ini umur awak memasuki 23 tahun. Tetapi, tak kira berapa umur awak, awak tetap baby boy. Sejak dilahirkan, awak telah bawa banyak kebahagiaan dalam hidup kami. I love you to the end of time, saya hanya mahu awak kekal sihat dan gembira sentiasa, selamat hari lahir si pencuri hati saya," tulis Maria di Instagram.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut pelakon berusia 50 tahun ini turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Mizan. Imbas kembali, Maria dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015. Mizan Ashley merupakan cahaya mata hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Maria Farida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: