16 May 2020

INI 4 SELEBRITI WANITA YANG PERNAH JADI CIKGU


Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi meraikan seorang insan yang bergelar bergelar seorang pendidik iaitu guru atau cikgu. Menjadi seorang guru merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia kerana dapat membantu dan membimbing pelajar itu sehingga menjadi seorang insan yang berjaya dan disegani.





Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut 16 Mei hari ini, kami kongsikan empat orang selebriti wanita yang pernah bergelar pendidik:-

Datuk Seri Vida: Sebelum bergelar usahawan selebriti popular, wanita yang mesra dengan nama DSV ini pernah menjadi guru sekolah selama 12 tahun. Mesti anak-anak murid DSV terhibur dengan telatahnya yang kelakar kan?

Klik untuk gambar besar


Adibah Noor: Selebriti berbakat besar ini pernah bertugas sebagai seorang guru sekitar tahun 1993. Adibah juga pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebagai seorang guru bahasa Inggeris.



Lisa Surihani: Ha, tahukah anda, pelakon jelita Lisa Surihani juga pernah bergelar seorang guru sekitar tahun 2003. Bintang filem Lagenda Budak Setan ini pernah bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.



Puteri Aishah: Masih ingat lagi dengan kisah Cikgu Aishah yang viral sekitar tahun 2015? Inilah orangnya! Pernah menimba ilmu dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Aishah pernah menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datuk Seri Vida, Adibah Noor, Lisa Surihani & Puteri Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: