16 May 2020

SEDIH TAK DAPAT ZIARAH KUBUR BAPA - FOUZIAH GOUS MASAK UNTUK ASNAF


Pada Jumaat, genap lapan tahun pemergian arwah bapa pelakon Datin Fouziah Gous iaitu Allahyarham Mohd Gous Ghulam yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital pada 11 Ogos 2012. Fouziah sedih tidak dapat menziarahi kubur bapanya akibat pendamik Covid-19. Justeru itu, pelakon itu mengambil peluang itu dengan bersedekah dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga asnaf.





"Arwah ayah saya meninggalkan kami sekeluarga pada 22 Ramadan, jadi hari ini genaplah 8 tahun. Jika ada ruang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah saya. Tak dapat nak ziarah kubur tapi Alhamdulillah hari Jumaat yang mulia ni dapatlah masak sendiri untuk keluarga asnaf," jelasnya.

Fouziah berterima kasih kepada ahli jawatankuasa Masjid Bukit Jelutong kerana mendoakan bapanya: "Terima kasih Masjid Bukit Jelutong untuk doakan ayah saya di masjid. Semua rahsia Allah, besar sungguh rezeki Arwah. Alhamdulillah," tulisnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fouziah Gous


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: