23 May 2020

BELLA PUJI RISTEENA: "BIARLAH MEREKA TERUS MENCACI... BUAT CARA AWAK, AWAK LEBIH TAHU"


Pelakon dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini menerusi komennya di laman Instagram pelakon Risteena Munim, tampil memberi pandangannya susulan kecaman yang diterima Risteena akibat perkongsian tentang hubungan cintanya dengan pelakon Isa Khan.





Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ini berkata, dia menyokong dan memuji tindakan Risteena yang menghadapi kecaman dengan positif: "MashaAllah, saya suka kenyataan awak. Tak apa, ini hidup awak, Ris. Sebagai selebriti, apa saja yang kita kongsikan akan dipertikaikan dan rakan-rakan media akan jadikan sebagai bahan untuk artikel mereka...

"Bukanlah kita ni yang hubungi mereka dan bercerita minta cerita kita itu disebarkan. Bella suka sangat tengok orang yang tangani kecaman atau masalah dengan positif. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Risteena dikecam netizen apabila berkongsi tentang Isa yang cemas apabila tidak dapat menghubunginya dalam tempoh 30 minit. Perkara itu mendapat perhatian netizen yang menganggap ia tidak perlu dikongsi di media sosial. Dalam pada itu, Bella berkata, sebagai golongan selebriti, apa yang dilakukan sering mendapat perhatian dan dinilai oleh netizen.

"Bila kita kongsi banyak selfie mereka akan menghakimi muka atau kulit, bila kongsi OOTD mereka menghakimi bentuk badan, bila kongsi dengan pasangan cakap geli atau suruh kahwin baru rasa (dengan cara yang negatif) bila marah-marah cakap tak sepatutnya marah di media sosial, bila kongsi fasal mengaji atau bertudung cakap saja nak menunjuk bukannya ikhlas pun dan banyak lagi," ujar Bella.

Bella turut menasihati Risteena supaya tidak mempedulikan kata-kata orang lain dan hargai keluarga serta insan tersayang: "Jadi, dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun. Awak buat saja cara awak. Awak lebih tahu. Allah SWT lebih tahu niat awak asalkan awak, pasangan, adik-beradik bahagia dah lebih dari cukup," tulis Bella.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Bella Astilla, Risteena & Isa Khan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: