05 May 2020
FENDY CALIPH BUSKERS RINDUKAN ANAK: "PAPA NAK UBAH NASIB KITA..."
"Tak ada perasaan paling indah selain dapat berjumpa dengan kamu. Rasa rindu ini tak mampu terungkapkan lagi. Papa rindu nak gelak ketawa dengan awak, nyanyi bersama, dan sembang-sembang macam dulu walaupun kadang-kadang awak bukan faham pun, tapi papa bahagia.
Kamulah kekuatan papa, kamu yang banyak mengajar papa erti tanggungjawab," tulis pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun yang meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Nur Azalea Zafirah menerusi laman Instagramnya.
Dalam entri tersebut, Fendy berkongsi foto bersama Azalea dan mencoret ucapan khas untuk anaknya. Fendy turut menanam azam untuk mengubah nasib dirinya dan anak: "Tuhan kirimkan kamu untuk papa agar papa kuat dalam menjalani ujian hidup. Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan, papa nak ubah nasib kita dengan segala yang papa ada.
Klik untuk gambar besar
"Kamu berhak mendapat kebahagiaan seperti mana selayaknya kanak-kanak lain. Doakan papa agar tercapai cita-cita papa untuk mengubah jalan hidup kita dan memberi yang kebahagiaan yang selayaknya untuk kamu yang bernama Nur Azalea Zafirah, dari papa yang terlalu merindukanmu," katanya lagi.
Pada awal tahun ini, Fendy mendedahkan dia sudah dua tahun berpisah dengan vokalis wanita Caliph Buskers, Nurnadira Rubiana. Nadira dan Fendy mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Azalea Zafirah yang kini berusia lima tahun. Selain Nadira dan Fendy, Caliph Buskers yang terkenal dengan lagu Buta dan Hanya Nama-Mu ini dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fendy Caliph Buskers
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment