05 May 2020

USTAZ ABU SYAFIQ SOKONG JAKEL, SIFATKAN SENASIB DIFITNAH


Sebelum ini kecoh apabila adik kepada Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Malaysia, JAKEL iaitu Muzaffar Jakel, yang secara tidak sengaja memuatnaik kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu di laman Instagramnya. Bagaimanapun, Muzaffar telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.





Disaat ramai pihak mengecam dan memboikot, pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq tampil menyatakan sokongan terhadap JAKEL untuk berdepan kontroversi yang melanda baru-baru ini. Jelas Abu Syafiq, dia merasakan situasi yang terjadi kepada Jakel sama nasibnya seperti yang berlaku kepadanya sebelum ini.

"Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam. Fitnah di bulan Ramadan, dengan sifat dengki. Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel.

"Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memerlukan. Supaya kita menyokong Jakel yang membantu bangsa Melayu dan umat Islam khususnya. Sekarang kita nampak siapakah di belakang pengkhianatan ini, jadi ikutlah nabi jangan ikut wahabi," pesannya menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ustaz Abu Syafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: