05 May 2020

"NIAT BAGI ZARINA MINUM... TAPI DIA MURAH HATI SHARE..." - FOUZIAH GOUS


Pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous menerusi satu entri yang di laman Instagram telah mendedahkan sikap rakan selebritinya, Zarina Anjoulie Lavocah. Fouziah yang mengusahakan perniagaan minuman kesihatan sarang burung jenama FG Walet memuji keperibadian Zarina menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu.





"I'm lost of words! To be honest niat bagi @fgwalet pada @anjoulielavocah1 adalah untuk dia minum and charge her energy during charity work. Bukan untuk buat review or minta bagi pada orang lain! Tapi dia pula murah hati share dengan orang lain! Masya-Allah hanya Allah sahaja balas jasa you ni," tulisnya.

Dalam pada itu, Fouziah juga berharap agar urusan Zarina dipermudahkan oleh Allah: "Alhamdulillah thanks @anjoulielavocah1 for your time and effort I really appreciate, especially during MCO ni tolong ramai orang. Alhamdulillah semoga Allah memberi rezeki yang tidak putus dan permudahkan segalanya. Amin ya rabbil alamin," kata Fouziah lagi.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Zarina yang bermurah hati dan mementingkan kebajikan orang lain. Peminat juga memuji usaha Fouziah yang mahu membantu Zarina meneruskan aktiviti baiknya itu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fouziah Gous & Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: